Ucapan Perasmian dan simbolik perasmian Pesta Kubis Sabah 2008
Ucapan Perasmian oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
Memotong sayur kubis sebagai tanda perasmian Pesta Kubis Sabah 2008
3 comments:
Anonymous
said...
sam4605 said...
Saya rasa ada menariknya dan betul cadangan YB. Datuk Hj. Masidi Manjun untuk menambah baik atau menukar posisi Pesta Kubis kepada pesta yang lebih bersifat antarabangsa dan serentak dengan kehadiran pelancong pada acara lain di kawasan yang sama (contohnya Kinabalu Climbathon).
Pandangan saya, ini bukanlah menolak keunikan kubis sebagai tema pesta namun ia sepatutnya lebih kepada usaha meningkatkan tahap dan kualiti terutamanya kepada aspek pengisian dan kepelbagaian tema pesta tersebut. Justeru, nama Pesta Kundasang mungkin akan menukar impak pesta ini kepada peringkat global. Kita bukan sahaja mahu penduduk sekitar yang turut serta dalam pesta ini tetapi pelancong asing contohnya. Ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada penduduk Kundasang untuk menambah pendapatan atau mempromosikan produk tempatan. Maka aktivitinya perlu diperbaharui dan dinaiktaraf sesuai dengan nama Pesta Kundasang. Kundasang mempunyai pelbagai kekuatan yang menarik selain kubis.
Sebelum itu, Kundasang perlu dibaik pulih semula selepas terlalu banyak didera dari segi fizikal. Tanah yang kosong perlu diusahakan paling tidak ditanam semula dengan pokok. Kundasang perlu dibangunkan dan diperindahkan terutamanya di kawasan kedai dan pasar sayur. Jika tidak wajah Kundasang seperti tidak bermaya untuk menerima pelancong. Ini tanggungjawab semua. Iklim sejuk di Kundasang tidak akan bertahan jika keadaan fizikal Kundasang semakin teruk. Mungkin ini boleh dijadikan tema satu daripada pesta di mana kesedaran alam sekitar perlu diterapkan kepada penduduk serta pelancong untuk sama-sama bertanggungjawab kepada Kundasang.
Lihat gambar kundasang kira2 30 tahun dulu (http://i1.treklens.com/photos/1900/kundasang1976.jpg" ), adakah kita boleh kembalikan Kundasang seperti dulu? Pertanian dan alam semula jadi perlu berjalan bersama. Kita perlu kan satu daripada tema alam sekitar seperti pemuliharaan semula Kundasang dijalankan.
Saya ingin mengutarakan cadangan aktiviti untuk pesta kubis yang akan datang jika ia boleh diadakan.
Sebagai peminat fotografi, saya merasakan Kundasang merupakan syurga fotografi bagi kaki-kaki kamera di mana keindahan dan kedamaian Kundasang dan sekitarnya sangat menarik untuk tujuan fotografi.
Dengan ini saya mencadangkan satu aktiviti fotografi dimasukkan dalam kalendar pesta. Mungkin orang perseorangan atau kelab-kelab fotografi di Sabah atau di Malaysia dan antarabangsa dijemput untuk mengadakan sesi fotografi di Kundasang pada hari pesta tersebut.
Selain daripada itu, pertandingan fotografi juga boleh diadakan pada hari tersebut seperti yang telah diadakan oleh perbadanan putrajaya di mana gambar berkenaan dengan pesta akan dijadikan tema. Saya rasa tentu ada penaja seperti Nikon, Canon atau lain-lain yang mahu turut serta. Ia boleh disertai oleh semua golongan sama ada sekolah atau secara individu. Saya rasa ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pesta tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya juga bercadang, jika ada peluang dan masa untuk mengadakan pameran gambar-gambar berkaitan Kundasang pada pesta yang akan datang untuk menghargai keindahan Kundasang.
Cadangan mengadakan Pertandingan Fotografi sangat bagus. Saya akan cadangkan untuk Pesta Kubis tahun hadapan. Saya harap saudara Sam boleh bantu apa yang perlu dilakukan dan cara pengadilan. Terima kasih atas cadangan tersebut.

Wallahualam.
Salam,

Sekian.

Post a Comment