11.10.2008 : Perbincangan Pesta Kubis 2008

1. Perbincangan telah diadakan pada 11.10.2008 (Sabtu), pukul 7.00 malam bertempat Nabalu Lodge.

2. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Pesta Kubis 2008 iaitu Tuan Siriman M.F. Basir yang juga Pegawai Daerah Ranau dan En. Suatin Mayor.

3. Turut hadir adalah sebahagian Ketua-Ketua Biro dan AJK.

4. Agenda perbincangan : Melantik AJK, merancang aktiviti, surat-surat yang perlu dibuat dan hal-hal lain.

5. Setiap Biro yang dilantik perlu membuat Kertas Kerja Ringkas merangkumi bajet Biro, Ahli Jawatankuasa Biro dan perancangan aktiviti. Kertas Kerja Ringkas ini perlu dihantar pada hari Selasa dan selewat-lewatnya hari Rabu supaya boleh disenaraikan untuk mesyuarat akan datang.

6. Perbincangan ditangguhkan pada pukul 10.00 malam. Mesyuarat akan datang pada 17.10.2008 (Jumaat), 8.30 pagi bertempat di Mini Dewan Kundasang.


No comments: