Replika Kubis

1. Replika ini merupakan satu lagi mercu tanda yang akan diabadikan oleh para pelancong dalam memori mereka ketika berkunjung ke Kundasang selain daripada Tugu Peringatan Perang dan destinasi pelancongan yang lain.

Replika Kubis

2. Replika kubis yang berdiri megah setinggi 10 kaki dan 20 kaki lebar (garis lintang) juga akan menjadi memori abadi sempena pelancaran PESTA KUBIS SABAH 1997, yang akan menjadi acara tahunan berpusat di Pekan Kundasang. lanya dibina dengan bentuk sepohon KUBIS yang didirikan di perkarangan Kedai Pekan Kundasang.

3. Pembinaan Replika Kubis ini tentunya akan menjadi lambang kemegahan seluruh rakyat Sabah khususnya warga tani atau peladang di Kundasang / Ranau. lanya diilhamkan oleh En. Matlan U. Gamalie, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu merangkap Pengerusi Bersama perayaan PESTA KUBIS SABAH 1997 dan direstui oleh Tuan Amri Hj. Suratman, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perayaan PESTA RANAU.

4. Sementara itu, rekabentuknya pula adalah hasil perbincangan diantara En. Matlan U. Gamalie, Encik Eddy Muhartono dan Ahli Jawatankuasa Perayaan. Pembinaan Replika Kubis ini dilaksanakan oleh En. Mohd Eddy Muhartono (Ketua Pelaksana) dan dibantu oleh rakan-rakannya.

No comments: