Mesyuarat Kali Ke-3 Pesta Kubis 2008


1. Mesyuarat Kali Ketiga Pesta Kubis telah diadakan di Hotel Perkasa Kundasang pada 30.10.2008 pukul 9.00 pagi.

2. Turut hadir ialah Tuan Pegawai Daerah Ranau yang juga Pengerusi Bersama Pesta Kubis 2008, wakil RTM, Pegawai Pertanian, KAN, JKKK, Ketua Kampung, En. Suhilin Hadi, En. Japiril Suhaimin (Floor Manager), Polis dan AJK Pesta Kubis, Ketua-Ketua Jabatan dan lain-lain.

3. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama iaitu En. Suatin Mayor.

4. Pihak AJK Pesta Kubis mengucapkan terima kasih kepada pihak Hotel terutamanya En. George yang telah memberi sumbangan tempat bermesyuarat dan makan tengahari.

5. Tuan Pegawai Daerah Ranau mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama mantap semua pihak dan menyarankan pentingnya kerjasama yang padu di kalangan AJK untuk menjayakan sambutan Pesta Kubis 2008.

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan mesyuarat akan datang ditetapkan pada hari Khamis, 6 November 2008. Bagaimanapun masa dan tempat akan diberitahu kelak.

No comments: