Suasana Sebelum Acara Perasmian Pesta Kubis Sabah 2008

  • Suasana sebelum acara perasmian

  • Persembahan Muzik Bambu dari Kumpulan Sarakit Bambu yang diketuai oleh En. Jumin Gambaris dari Kg. Dumpiring Atas

  • Persembahan Muzik Bambu dari Kumpulan Kinabalu Merdu Sound yang dipimpin oleh En. Kohadie Watiman dari Kg. Sinisian

  • Persembahan pertama dari adik Ferona Paimin

  • Persembahan pertama dari artis undangan Lydia Kalidin


  • Persembahan kedua artis undangan Lydia Kalidin yang menari bersama pelancong orang putih.

  • Persembahan Ketiga dari artis undangan Lydia Kalidin

  • Persembahan pertama Lotter AF4 yang memberi kejutan kepada orang ramai dengan menaiki motor yang diiringi oleh Sdr. Rupinin Suhimin, Pengerusi Kebudayaan Pesta Kubis memasuki kawasan perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang sebelum ke pentas

  • Persembahan kedua dari Lotter AF4 menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Awie

  • Persembahan ketiga dari Lotter AF4 dengan lagu Azizah yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

2 comments:

SAM said...

Saya rasa ada menariknya dan betul cadangan YB. Datuk Hj. Masidi Manjun untuk menambah baik atau menukar posisi Pesta Kubis kepada pesta yang lebih bersifat antarabangsa dan serentak dengan kehadiran pelancong pada acara lain di kawasan yang sama (contohnya Kinabalu Climbathon).

Pandangan saya, ini bukanlah menolak keunikan kubis sebagai tema pesta namun ia sepatutnya lebih kepada usaha meningkatkan tahap dan kualiti terutamanya kepada aspek pengisian dan kepelbagaian tema pesta tersebut. Justeru, nama Pesta Kundasang mungkin akan menukar impak pesta ini kepada peringkat global. Kita bukan sahaja mahu penduduk sekitar yang turut serta dalam pesta ini tetapi pelancong asing contohnya. Ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada penduduk Kundasang untuk menambah pendapatan atau mempromosikan produk tempatan. Maka aktivitinya perlu diperbaharui dan dinaiktaraf sesuai dengan nama Pesta Kundasang. Kundasang mempunyai pelbagai kekuatan yang menarik selain kubis.

Sebelum itu, Kundasang perlu dibaik pulih semula selepas terlalu banyak didera dari segi fizikal. Tanah yang kosong perlu diusahakan paling tidak ditanam semula dengan pokok. Kundasang perlu dibangunkan dan diperindahkan terutamanya di kawasan kedai dan pasar sayur. Jika tidak wajah Kundasang seperti tidak bermaya untuk menerima pelancong. Ini tanggungjawab semua. Iklim sejuk di Kundasang tidak akan bertahan jika keadaan fizikal Kundasang semakin teruk. Mungkin ini boleh dijadikan tema satu daripada pesta di mana kesedaran alam sekitar perlu diterapkan kepada penduduk serta pelancong untuk sama-sama bertanggungjawab kepada Kundasang.

Lihat gambar kundasang kira2 30 tahun dulu (http://i1.treklens.com/photos/1900/kundasang1976.jpg" ), adakah kita boleh kembalikan Kundasang seperti dulu? Pertanian dan alam semula jadi perlu berjalan bersama. Kita perlu kan satu daripada tema alam sekitar seperti pemuliharaan semula Kundasang dijalankan.



Wallahualam.

Al Zubir Rusinin said...

Terima kasih di atas komen yang membina ini, cadangan utk mengadakan pesta kubis serentak dengan Mt. Kinabalu International Climbathon sememangnya sudah diwujudkan pada Pesta Kubis Sabah yang pertama iaitu 2 Oktober 1997. Pesta Kubis yang pertama adalah serentak dengan acara climbathon. Pada asal objektifnya juga bila ada Climbathon maka adalah Pesta Kubis.

Bagaimanapun disebabkan kekangan masa Pesta Kubis tidak dapat diserentakkan dengan Mt. Kinabalu International Climbathon sejak akhir-akhir ini. Untuk tahun depan, Jawatankuasa Pelaksana perlu memikirkan skop yang lebih luas supaya ada kelainannya seperti yang disarankan oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun termasuklah mengadakan kembali Pesta Kubis yg serentak dengan climbathon.

Seperti orang ingat sekarang ini bila ada Pesta Kubis, maka adalah cabaran 4WD Challenge. Kita mungkin boleh tambah senario ini iaitu bila ada Pesta Kubis maka adalah juga jualan durian. Bagi saya ini adalah satu kelainan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Kundasang.

Dalam kita bergembira dan berpesta janganlah pula kita lupa akan siapa kita sebenarnya di bumi Kundasang? Melalui Pesta Kubis ini ada baiknya kita sesama AJK ingat memperingati kedudukan kita agar kita dapat membuat sesuatu yang boleh memperbaiki dan memperkasakan kita.