Pesta Kubis Kundasang

Pesta Kubis diilhamkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. Pesta Kubis yang pertama telah diadakan pada tahun 2.10.1997. Berikut adalah maklumat-maklumat penting mengenai Pesta Kubis yang pertama.
  • Pengerusi Pesta Kubis 1997 : Datuk Mynoor Ginggor
  • Tokoh Pesta Kubis (Peladang) : En. Suhaimin Bandaran
  • Tokoh Pesta Kubis (Perintis) : En. Sikodol Maludang

Replika kubis yang terbesar di Malaysia telah didirikan sebagai mercu tanda perayaan ini pada tahun 1997. Idea membina replika ini diilhamkan sendiri oleh Y. Bhg. Datuk Mynoor Ginggor dan direstui oleh Pengurus Peladang Kinabalu pada masa itu En. Matlan Gamalie. Pembinaannya telah dilaksanakan oleh En. Eddy Muhartono dan rakan-rakannya.

AJK pelaksana akan diposkan kemudian sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada pelaksana AJK Pesta Kubis yang pertama. Jenis-jenis kubis yang ditanam di Kundasang juga akan diposkan pada kesempatan yang akan datang.

Sekian buat masa ini, segala penambahbaikan yang membina adalah dialu-alukan. Terima kasih.