EN. RUSININ BIN JURIMAN

Beliau dilahirkan pada 3 Februari 1944 di Kg. Desa Aman. Beliau telah berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Dusun iaitu Puan Rupiah Bandaran dan dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Beliau mula menanam kubis pada tahun 1963 dengan modal yang sederhana sahaja. Keluasan tanaman sayurnya ialah 11 ekar di kawasan lapang dan 2 ekar tanaman berkhemah serta dibantu oleh 9 orang pekerja.

Selain sayur kubis, beliau juga mengusahakan tanaman pitchai, capsicum, broccoli dan sebagainya secara bergilir. Antara peralatan beliau gunakan untuk mengusahakan tanaman sayurnya ialah sebuah Hitachi, sebuah kubota disamping peralatan lain kepunyaan beliau sendiri. Beliau menjual hasil tanamannya ini ke gerai sayur Kundasang dengan menggunakan
kenderaan sendiri secara pajak kepada orang tengah sebelum dijual ke tempat-tempat lain.

Berkat usahanya yang gigih, beliau berjaya memperoleh pendapatan bulanan yang lumayan sehingga mampu membeli beberapa keping tanah sama ada di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah serta kedai SEDCO di sekitar Kundasang dan Ranau. Dengan pendapatan hasil penanaman sayur, beliau berjaya menampung persekolahan anak-anaknya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Seorang daripadanya lepasan Sarjana Muda dalam bidang Electrical Engineering, UITM Shah Alam, Selangor. Seorang lagi adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang IT dari Universiti Putera Malaysia manakala dua orang lagi mengikut jejak beliau berniaga dan menanam sayur.

Kini walaupun beliau beroleh pendapatan yang lumayan, beliau sentiasa bermurah hati memberikan sumbangan sama ada tenaga ataupun wang ringgit kepada sebarang aktiviti di sekitar Kundasang khasnya.

No comments: