Pesta Kubis Sabah 2005
2. Erma Suhaimi (Destiny) 1/2
3. Ferona Paimin
4. Efarina Jaluman
5. Lagu 5
6. Maurice Awit
7. Erma Suhaimi (Destiny) 2/2
8. Hain Jasli (Nobolou)
9. Hain Jasli (Saputangan Kirinda)
10. Sarakit Bambu (Lawak Jenaka)
11. Sarakit Bambu (Lagu)
12. En. Jumin Gambaris
Slide : Gambar Pesta Kubis Sabah 2008 (2)
Klik filename gambar pilihan anda di bawah untuk download.
1. IMG_0099
| 9. IMG_0107
| 17. IMG_0117
| 25. IMG_0126
|
Slide : Gambar Pesta Kubis Sabah 2008 (1)
Sila pilih filename gambar dan klik untuk download
1. IMG_0026
| 9. IMG_0067
| 17. IMG_0078
| 25. IMG_0091
|
Lotter AF4
Persembahan kedua dari Lotter AF4 menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Awie
Persembahan ketiga dari Lotter AF4 dengan lagu Azizah yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Lydia Kalidin
Persembahan kedua artis undangan Lydia Kalidin yang menari bersama pelancong orang putih
Persembahan Ketiga dari artis undangan Lydia Kalidin
Kumpulan Muzik Bambu : Kinabalu Merdu Sound
Kumpulan Muzik Bambu : Sarakit Bambu
Penyampaian Hadiah Penerima Anugerah dan Tokoh Pesta Kubis
Penyampaian hadiah penerima anugerah dan Tokoh Pesta Kubis
Komedi Pondok Tani Pesta Kubis Sabah 2003
Kali kedua pembinaan pondok tani pada tahun 2004. Pada tahun 2005, pondok tani yang dibina pada tahun 2004 hanya diperbaiki. Pada tahun 2006, pondok tani ini digantikan dengan kem setiap kampung mukim Kundasang yang dipasang di perkarangan kedai SEDCO Pekan Kundasang. Pada tahun 2007, kem setiap kampung diteruskan. Namun begitu pada tahun 2008 ada tambahan kampung dari mukim Bundu Tuhan.
Komedi Pondok Tani ini sekadar hiburan sebagai kenangan di Pondok Tani GDW Kg. Sinisian yang merupakan juara Pondok Tani bagi Pesta Kubis Sabah 2003.
Sukan Rakyat Pesta Kubis 2008
Pengerusi : En. Hatilly Nordin
Ahli : En. Azmil Haidin, En. Shahril Waimin, En. Hadipin Jahamin, En. Jamisin Wasly
Acara sukaneka / sukan rakyat telah diadakan pada 13 Nov 2008 yang mana telah dikendalikan oleh Ketua Sukan Rakyat, Sdr. Azmil Haidin
Ucapan Perasmian dan simbolik perasmian Pesta Kubis Sabah 2008
- Ucapan Perasmian oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Memotong sayur kubis sebagai tanda perasmian Pesta Kubis Sabah 2008
Ketibaan Perasmi dan Ucapan alu-aluan Pengerusi Pesta Kubis Sabah 2008
- Ketibaan Perasmi, YB. Datuk Hj. Masidi, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama Pesta Kubis Sabah 2008, En. Suatin Mayor
Gerai Jualan Pesta Kubis Sabah 2008
Titian Mesra Bersama RTM (1)
Pertandingan Masakan Pesta Kubis Sabah 2008
Pengerusi : Pn. Salbina Chua
Ahli : Puspanita, Pn Siti Norita Dani, Pn. Rahini Waidi, Cik Sabakiah, Cik Nurajiah, En. Jimmy Merudin, Cik Gapidah Haidin, Pn. Sumi Baranting, Pn. Neriah Abdullah, Pn. Florina, Pn. Niah Watiman
1. Ketibaan Perasmi di Mini Dewan Kundasang
2. Hiasan hidangan masakan di atas meja
- Setiap meja adalah pasukan yang ikut bertanding. Setiap meja menyediakan makanan untuk 10 orang.
3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Memasak
- Johan : Kg. Semuruh
- Naib Johan : Kg. Sinisian
- Ketiga : Kg. Kalanggaan
Demonstrasi memasak kubis oleh Perasmi
Pertandingan Mewarna Tahap1 Sempena Pesta Kubis Sabah 2008
Suasana Sebelum Acara Perasmian Pesta Kubis Sabah 2008
- Suasana sebelum acara perasmian
- Persembahan Muzik Bambu dari Kumpulan Sarakit Bambu yang diketuai oleh En. Jumin Gambaris dari Kg. Dumpiring Atas
- Persembahan Muzik Bambu dari Kumpulan Kinabalu Merdu Sound yang dipimpin oleh En. Kohadie Watiman dari Kg. Sinisian
- Persembahan pertama dari adik Ferona Paimin
- Persembahan pertama dari artis undangan Lydia Kalidin
- Persembahan kedua artis undangan Lydia Kalidin yang menari bersama pelancong orang putih.
- Persembahan Ketiga dari artis undangan Lydia Kalidin
- Persembahan pertama Lotter AF4 yang memberi kejutan kepada orang ramai dengan menaiki motor yang diiringi oleh Sdr. Rupinin Suhimin, Pengerusi Kebudayaan Pesta Kubis memasuki kawasan perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang sebelum ke pentas
- Persembahan kedua dari Lotter AF4 menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Awie
- Persembahan ketiga dari Lotter AF4 dengan lagu Azizah yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Slide Show : Pesta Kubis 1997
Replika Kubis
3. Pembinaan Replika Kubis ini tentunya akan menjadi lambang kemegahan seluruh rakyat Sabah khususnya warga tani atau peladang di Kundasang / Ranau. lanya diilhamkan oleh En. Matlan U. Gamalie, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu merangkap Pengerusi Bersama perayaan PESTA KUBIS SABAH 1997 dan direstui oleh Tuan Amri Hj. Suratman, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perayaan PESTA RANAU.
4. Sementara itu, rekabentuknya pula adalah hasil perbincangan diantara En. Matlan U. Gamalie, Encik Eddy Muhartono dan Ahli Jawatankuasa Perayaan. Pembinaan Replika Kubis ini dilaksanakan oleh En. Mohd Eddy Muhartono (Ketua Pelaksana) dan dibantu oleh rakan-rakannya.
Khasiat Kubis
Kubis atau nama sainsnya Brassica oleracea yang berasal dari pertengahan Mediterranean (Ibid : hlm 5). Pokoknya rendah sahaja, mempunyai batang yang lembut dan hanya dilitupi oleh dedaun hijau. Ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengeluarkan putik Kubis. Selang beberapa bulan barulah ia boleh dipetik dari pokoknya.
Kubis menjadi kegemaran rakyat seluruh dunia. Sesetengah orang berpendapat bahawa namanya ( cabbage ) berasal dari perkataan Latin di zaman Rom Purba yang membawa maksud ‘kepala’. Sungguhpun ia adalah sejenis sayuran, namun terdapat banyak nilai perubatan daripadanya. Ia telahpun diceritakan sejak berzaman oleh Hippocrates, Aristotle dan Pliny. Pada masa itu, orang Rom menggunakan Kubis untuk mengubati sakit kepala, insomnia, memberhentikan pendarahan pada kulit dan mengurangkan sakit ketika bersalin.
Khasiat Kubis
Pada masa ini , perubatan moden telah menyokong pendapat lama tersebut. Para saintis telah membuktikan bahawa Kubis mempunyai bahan yang menambahkan kekalisan tubuh manusia dan memberhentikannya menjadi tua sebelum masanya. Kubis kaya dengan vitamin C daripada epal, pir dan pisang. Dengan hanya memakan sejumlah 20 gram Kubis mentah sudah cukup menampung keperluan harian vitamin C untuk orang dewasa.
Eleman mikro yang terdapat pada Kubis menentukan metabolisme yang sungguh bernilai kepada manusia semasa mengharungi usia. Ia juga penting untuk pertumbuhan organisme kanak-kanak. Sesetengah daripada kompenan yang terdapat pada Kubis dapat mencegah tompok-tompok pada dinding vaskular dan mengurangkan batu pada buah pinggang.
Selulosa pada Kubis amat berguna untuk kesihatan manusia. Pertamanya ia menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis. Di samping itu ia juga mencegah penerimaan karbohidrat yang berlebihan dan secara tidak langsung mengawal diabetes. Dedaun hijau Kubis muda sangat berharga kepada sesiapa yang menghidap anemia kerana ia mempunyai jumlah vitamin yang paling banyak.
Satu lagi bahan yang berharga terdapat pada Kubis ialah asid tartronik. Ia menghalang penukaran gula dan karbohidrat manakala yang lain menjadi lemak. Maka ia sesuai untuk amalan menjaga berat badan dengan hanya memakan salad Kubis setiap hari. 100 gram Kubis menghasilkan hanya 30 kilokalori. Dengan mempunyai nilai kalori yang minima ini, Kubis mempunyai nilai biologi yang maksima. Sebagai tambahan, ia menghasilkan perasaan kenyang yang berpanjangan dan mudah di hadam.
Para doktor mandapati bahawa jus Kubis segar membantu menyembuhkan ulser perut dan duodenal serta mengubati gastrik. Para saintis juga dapat mengasingkan kompenan baru dari Kubis segar yang mengandungi faktor anti ulser.
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a67873.htm
01.11.08 : Mesyuarat Urusetia Pesta Kubis 2008
3. Seramai 14 orang telah hadir mesyuarat.
4. Urusetia adalah satu badan penting dalam Pesta Kubis. Alhamdulillah, semua yang hadir adalah dari golongan belia dan beliawanis. Urusetia telah melakukan satu pembaharuan kali ini dengan mengadakan pertemuan melalui mesyuarat dan menerangkan kepada mereka tugas-tugas dalam Urusetia yang akan jadi backup jika sekiranya ada JK yang perlu dibantu.
5. Walaupun mereka sudah biasa mengendalikan majlis-majlis dalam jabatan tetapi pengelibatan kali ini adalah dalam masyarakat dan ternyata mereka mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.
6. Dalam JK Pesta Kubis kali ini, orang muda diberi kepercayaan untuk memegang jawatan umpamanya Setiausaha, JK Publisiti dan Siaraya, JK Khemah, JK Sukan, JK Hiasan Pentas dan lain-lain lagi.
7. Saya sendiri telah menyerahkan pembuatan name tag kali ini kepada Po4. Ini sebagai satu langkah pendedahan awal kepada mereka untuk berkhidmat dan sebagai pengganti generasi akan datang.
8. Mesyuarat akan datang akan diadakan selepas 10 Nov 08. Masa dan tempat akan ditentukan kelak.